Wednesday, July 29, 2009

Bengkel Pengurusan Blog Pusat Sumber Sekolah Untuk Guru GPM




Bengkel Pengurusan Blog Pusat Sumber Sekolah Untuk Guru GPM telah diadakan pada 28-30 Julai 2009 di PKG Taiping. Terdapat 29 orang guru GPM dari 29 buah sekolah zon Taiping menyertai bengkel ini.
Bengkel blog ini adalah sebagai satu langkah permulaan bagi guru-guru media ke arah membudayakan ICT sekolah. Penceramah bengkel ini adalah Encik Mohd Adnan Hj. Baharuddin dari PKG Kota Lama Kanan.
Melalui bengkel ini, kami dapat mengaplikasikan blog dengan sebaiknya dan boleh mempromosikan Pusat Sumber Sekolah masing-masing disamping perkongsian pintar yang bakal berlaku melalui blog-blog pusat sumber sekolah bagi zon PKG Taiping.

Bulan Membaca

Sempena Bulan Membaca 2009, pihak Pusat Sumber Sekolah SJKC Hua Lian 3, Taiping telah mengadakan beberapa aktiviti. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah:
1. Pertandingan membaca buku cerita dalam Bahasa Cina.
2. Ulasan buku oleh murid.
3. Memperkenakan buku baru.
4. Kuiz.

Wakil sekolah Pertandingan Tokoh Nilam

Lee Jye, seorang murid dari kelas 5A merupakan salah seorang daripada 3 orang wakil dalam pertandingan Tokoh Nilam Zon Taiping. Dia selalu memperkenalkan buku baru kepada murid-murid semasa perhimpunan sekolah.
Goh Wan Yie, murid dari 5A merupakan murid yang aktif. Dia mahir dalam bidang melukis, muzik dan syarahan,



Fiona Khor meerupakan seorang murid dari kelas 5D. Dia sangat aktif dalam bidang sukan dan telah mengambil bahagian dalam olaraga MSSPK dan MSSM. Dia juga giat dalam setiap pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan organisasi luar.




Waktu Beroperasi Pusat Sumber Sekolah


Waktu beroperasi:

Sessi Pagi : 7.00 pagi - 7.25 pagi


9.30 pagi - 9.45 pagi


10.45 pagi - 11.00 pagi


Sessi Petang : 12.30 petang - 1.30 petang








Tuesday, July 28, 2009

Pengenalan

Selamat datang ke Blog Pusat Sumber Hua Lian 3 Taiping dan terima kasih atas kunjungan anda ke Blog ini.
Blog Pusat Sumber ini akan menjadi Blog atau ruang untuk mempromosikan Pusat Sumber Hua Lian 3 Taiping di samping perkongsian pintar pelbagai bidang dalam peggunaan Pusat Sumber Sekolah.

Selamat melayani Blog Hua Lian 3 Taiping.